KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan beca elektronik (E-Beca) yang dilengkapi aksesori moden, sebagai transformasi pengangkutan ikonik itu bagi merancakkan industri beca di Terengganu.
Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata informasi yang pertama kali dilancarkan dalam negara itu, akan memudahkan pengayuh beca khususnya yang sudah berusia.
Katanya, e-Beca tidak perlu dikayuh seperti beca biasa dan turut dilengkapi paparan skrin LED, sistem audio serta kuasa bateri menggunakan sistem pengecasan solar.
Artikel penuh: