Jika bercuti ke Melaka, Kelantan dan Terengganu — antara tarikan pelancongan yang digemari adalah bersiar-siar menaiki pengangkutan ikonik tradisional iaitu beca yang biasanya dikayuh oleh pakcik-pakcik yang telah berusia.
Dengan basikal usang dan berat, kadang-kala hampir terdetik di hati untuk tidak menaiki beca mereka kerana terlalu kasihankan kudrat mereka yang terlalu tua hingga menyebabkan rasa bersalah untuk pakcik-pakcik beca membawa kita jalan-jalan.
Namun kini dengan inovasi teknologi moden — perasaan kasihan atau rasa bersalah tidak akan lagi membelenggu para pelancong yang ingin menaiki beca terutama di Terengganu.
Ini kerana beca tradisional di Terengganu kini telah ditransformasi menjadi beca elektronik atau e-Beca yang dilengkapi aksesori moden.
Artikel penuh:
https://www.rileklah.com/tarikan/wow-terengganu-miliki-e-beca-canggih-lengkap-dengan-aksesori-moden