Majlis Perasmian Karnival STEM Merdeka Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 telah berlangsung yang bertempatkan di Pusat Informasi dan Pelancongan Kota Tinggi, Johor pada pukul 11.30 pagi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba. Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains, MOSTI), YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu; Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil dan Timbalan Pengarah JPN Johor, Hj. Shahilon Abd. Halim. Turut hadir wakil agensi persekutuan dan negeri, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di daerah Kota Tinggi.
Hadir bagi mewakili YIM ialah Pemangku Pengurus, Encik Mohamad Latife Shamsuddin.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang dijalankan sepanjang Karnival STEM Merdeka ini telah disampaikan oleh YB Menteri MOSTI. YB Menteri bersama dif-dif kehormat turut melawat booth di tapak pameran.
