Satu sesi perbincangan panel bertajuk “ASEAN’s Digital Potential as a Global Innovation Hub” telah diadakan di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang bersempena penganjuran program Kongress Inovasi dan Teknologi Sedunia (WCIT) 2022.

Sesi yang di acarakan oleh YBrs. Dato Mark Rozario, CEO Adventa Berhad turut melibatkan barisan panelis dari MRANTI, ViTrox Corporation, DELL Technologies dan YIM. Hadir mewakili YIM adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Pn. Sharmila Mohamed Salleh bersama Pengurus Komunikasi Korporat, En. Dzul Affandi Mat Noor.
Sesi perbincangan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai berhubung peranan ASEAN dalam memacu inovasi dan teknologi dari sudut pandangan Malaysia.