LAWATAN DELEGASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT (MEITD) SARAWAK KE YIM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengurusan YIM.
Lawatan delegasi MEITD ini telah diketuai oleh YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Sarawak bersama-sama dua (2) Timbalan Menteri dan beberapa pegawai pengurusan tertinggi MEITD. Turut hadir, Pn. Ruziah Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI, Ketua Pegawai Eksekutif, Pn. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Operasi (Program), En. Mohd Rozaidi Abd Rahman dan barisan pengurusan YIM.



YIM turut menjemput tiga (3) inovator untuk membuat showcase yang bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi MEITD berkenaan inovasi yang berjaya mendapat tempat di mata masyarakat. Inovator yang terlibat adalah Pn. Nur ‘Athirah (D’Athirah Magic Ruler), En. Abdul Hafy (Kidcadtech) dan Pn. Norhayati (Kad ASK).
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung program-program dan inisiatif yang dijalankan oleh YIM dalam menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan komuniti dalam bidang inovasi.