Lawatan Reruai YB Dato’ Sri Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi bersama barisan pengurusan tertinggi MOSTI telah diadakan di Setia Spice Convention Centre, bersempena Penganjuran WCIT 2022 di Pulau Pinang.
Turut menyertai lawatan ini adalah Pn. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Dzul Affandi Mat Noor, Pengurus Komunikasi Korporat yang mewakili YIM.

WCIT 2022 merupakan persidangan antarabangsa anjuran PIKOM yang mengumpulkan barisan pakar dalam bidang inovasi, teknologi dan inovasi sosial dari dalam dan luar negara. Ia diadakan selama 3 hari bermula dari 13-15 September 2022.
Pn. Sharmila akan turut berkongsi pentas bersama-sama beberapa panelis dari MRANTI, ViTrox Corporation dan Dell Tech Malaysia yang akan membincangkan topik bertajuk “ASEAN’s Digital Potential as Global Innovation Hub”.