Sesi Lawatan Inovasi ke Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS), Universiti Sains Malaysia telah diadakan bersama inovator akar umbi YIM.
Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Pn. Sharmila Mohamed Salleh bersama Pengurus Komunikasi Korporat, En. Dzul Affandi Mat Noor serta 3 inovator akar umbi dari Langkawi Crab Farm yang diketuai oleh En. Rusmizal.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada inovator akar umbi En. Mat Jan ke atas pembiakan latok untuk di bawa ke Langkawi. Lawatan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan penyelidik dari CEMACS dengan En. Mat Jan dan 2 orang pengusaha ketam nipah di Crab Farm Langkawi.