Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs)

1458

inovasi ditemui

24

inovasi diluluskan

12

harta intelek inovasi difailkan

15

inovasi dikomersialkan

About

Program MaGRIs bertujuan mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan. Program ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan.

Funding Details

  • Perlindungan harta intelek
  • Pembangunan produk/prototaip
  • Promosi dan latihan
  • Inovasi mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” yang ditetapkan seperti berikut:
    1. Produk atau proses inovasi yang dibangunkan oleh golongan berpendapatan rendah, biasanya bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup, ATAU
    2. Inovasi diterajui komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain
  • Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang kearah kesejahteraan komuniti luar bandar akan diberi keutamaan
  • Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada
  • Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan

Bergantung pada jangka masa dan sifat setiap projek, jumlah geran yang kami tawarkan mungkin berbeza. Jumlah maksimum sebanyak RM30,000 boleh dianugerahkan untuk projek yang berjalan selama enam (6) bulan. Kami memberikan tumpuan pada pencapaian impak jangka panjang.

Selain geran pembangunan inovasi yang dianugerahkan, kami berusaha untuk menyokong inovator kami dalam pembinaan kapasiti. Melalui pementoran, latihan, pembangunan inovasi, peluang menjalin rangkaian, akses ke pasaran, nasihat pemasaran, nasihat amalan terbaik, dan banyak lagi, kami menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memperkembangkan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dipasarkan ke tahap pra-pengkomersialan.

Emelkan kertas kerja projek inovasi anda beserta gambar dan/atau video ke emel magris@yim.my. Untuk maklumat lanjut berkenaan Program MaGRIs, sila layari laman web www.magris.innomap.my.

FAQ

Apakah manfaat yang saya dapat dengan menyertai MaGRIs?

Sekiranya inovasi anda dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian MaGRIs, anda akan diberi sokongan dalam bentuk inisiatif pembangunan produk, jalinan hubung rangkaian dan penerapan pengetahuan di mana inovasi yang memiliki potensi nilai pasaran yang tinggi akan diberi pendedahan sepenuhnya kepada aktiviti sokongan pembangunan pasaran pada peringkat selanjutnya.

Pada masa yang sama semua peserta akan diundang untuk menyertai bengkel pembinaan kapasiti yang dianjurkan oleh YIM sepanjang tempoh berlangsungnya program.

Bolehkah saya menyertai program ini melalui syarikat/organisasi saya?

TIDAK, hanya warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas layak untuk menyertai. SIla rujuk kepada terma & syarat di www.magris.innomap.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah terdapat sebarang kelulusan akademik minima yang diperlukan untuk menyertai program ini?

TIDAK. Kami menerima penyertaan dari mana-mana individu selagi mana inovasi yang dikemukakan untuk penyertaan adalah berlandaskan kepada inisiatif yang memenuhi keperluan masyarakat.

Bolehkah saya mengambil bahagian dengan menghantar lebih dari satu inovasi?

YA. Namun anda perlu menghantar setiap inovasi secara berasingan.

Sekiranya saya dipilih untuk program ini, apakah yang akan diharapkan dari saya?

Anda perlu menjalani beberapa peringkat aktiviti seperti yang tercatat di bawah dalam tempoh 6 bulan. Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelapangan anda seboleh mungkin.

  • Pembinaan produk bersama pakar dari YIM.
  • Menghadiri bengkel yang bermatlamat untuk membantu mempertingkatkan kualiti, kebolehpasaran dan kemampanan inovasi anda.
Adakah terdapat jenis-jenis inovasi akar umbi yang tertentu yang tidak layak untuk menyertai program ini?

TIDAK, melainkan inovasi anda tidak memenuhi definisi Inovasi Akar Umbi.

Bagaimana saya boleh menyertai program ini?

Lengkapkan borang penyertaan secara atas talian di magris.innomap.my

Bolehkah saya menyertai program ini sekiranya inovasi saya berada pada peringkat idea sahaja?

TIDAK. Kelayakan minima adalah inovasi akar umbi tersebut mesti berada sekurang-kurangnya pada peringkat prototaip (hampir siap) atau siap sepenuhnya.

Adakah terdapat sebarang terma & syarat sebelum geran pengkomersialan bernilai RM30,000.00 tersebut diberikan kepada saya?

YA. Anda perlu bersama-sama membangunkan Pelan Perniagaan yang turut merangkumi bajet (bimbingan akan diberikan oleh YIM) sebelum geran tersebut diberikan kepada anda untuk digunakan. Bagi invator yang memilih untuk melaksanakan inovasi sahaja tanpa melibatkan sebarang aktiviti pengkomersialan, YIM akan menghubungkan anda dengan usahawan tempatan yang berpotensi sebagai rakan kongsi (tertakluk kepada persetujuan dari kedua-dua pihak).

Siapakah yang akan memiliki Hak Intelektual kepada inovasi saya?

Anda akan memiliki hak 100% kepada inovasi anda.

More info is available at the programme website:
Implementing Agency
Funder

More Grants

Grassroots Enrichment Programme (GEP)

Grassroots Enrichment Programme dilaksanakan bagi mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan inovator akar umbi YIM. GEP menfokuskan kepada pembangunan...

Project Ruang Reka STIE @ Komuniti

Projek Ruang Reka STIE @ Komuniti merupakan sebuah program pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi dengan membangunkan prototaip produk inovasi...

Hala Tuju Inovasi Sosial (SIR)

Hala Tuju Inovasi Sosial dibangunkan sebagai garis panduan utama kepada penggerak inovasi sosial di Malaysia dalam memacu pembangunan ekonomi, sosial...

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA