a. Pemohon (peneraju projek) hendaklah terdiri daripada Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Berhad dengan Jaminan (CLG), Badan Berkanun dan Universiti Awam sahaja.
b. Pemohon boleh melaksanakan projek secara sendiri (tanpa Kolaborator) atau berkolaborasi dengan mana-mana entiti (dengan Kolaborator) yang bersesuaian seperti berikut:
- Jabatan/ Agensi Kerajaan berkaitan (persekutuan/ negeri/ daerah);
- Pertubuhan/ Persatuan yang berdaftar dengan Kerajaan (contoh: Koperasi, NGO);
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (contoh: GLC, CLG) atau syarikat swasta
c. Hanya Projek Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sahaja yang dibenarkan. Projek tersebut perlu mempunyai elemen inovatif yang menjurus kepada aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia ada.
d. Projek yang dijalankan perlu sesuai dengan sumber sedia ada selain mengambil kira kesesuaian lokasi, infrastruktur, bentuk muka bumi dan lain-lain.
e. Penerima langsung (direct recipients) faedah hendaklah terdiri daripada komuniti dengan keutamaan kepada golongan B40 (miskin bandar dan luar bandar). Jumlah penerima faedah bagi setiap projek yang dimohon hendaklah tidak kurang daripada 100 orang.
f. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia.