SESI SUMBANGSARAN DIVISYEN PROGRAM RANGKA PELAN PERANCANGAN PROGRAM
Divisyen Program Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) mengadakan Sesi Sumbang Saran Divisyen Program YIM 2021 selama tiga hari dan dua malam bermula 28 Oktober 2021 hingga 30 Oktober 2021.
Program berlangsung di Best Western i-City Shah Alam ini melibatkan Pengurusan Tertinggi YIM diketuai oleh Puan Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Komunikasi Korporat, Penasihat Undang-Undang bersama 14 orang pegawai YIM daripada Divisyen Program.
Objektif Sesi Sumbang Saran Divisyen Program adalah bertujuan untuk membuat perancangan pengurusan pelaksanaan program bagi tahun 2022.