Delegasi MOSTI turut mengadakan lawatan kerja rasmi ke Projek Inovasi Sanjaybhai Tilwa’s Workshop – Akshar Agro Engineering dan Mannsukhbhai Prajapati’s Showroom of Mitticool Fame di Rajkot, India. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat produk-produk inovasi berpotensi dari inovator India serta meneroka peluang kerjasama dua hala dalam mengangkat produk-produk inovasi melalui kerjasama YIM-GIAN.
Lawatan kerja rasmi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI dan turut diiringi oleh Puan Ruziah binti Shafie, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI; Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM; Puan Fadzlina binti Mohamad Razi, Pengurus YIM dan Encik Mohamad Latife bin Shamsuddin, Pemangku Pengurus YIM. Sementara itu pihak GIAN diwakili oleh Prof Anil Gupta, Pengasas GIAN dan Dr Anamika Dey, Ketua Pegawai Eksekutif GIAN.