3 Apr 2022 - 4 Apr 2022

Lawatan kerja rasmi MOSTI ke Institute of Himalayan Bioresource Technology (CSIR-IHBT)

WhatsApp Image 2022-04-27 at 10.36.13 AM

Mengenai Acara

Sesi lawatan kerja rasmi MOSTI ke Institute of Himalayan Bioresource Technology (CSIR-IHBT) telah diadakan yang bertempat di Palampur, India. Lawatan kerja rasmi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI; turut diiringi oleh Puan Ruziah binti Shafie, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI, Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM; Puan Fadzlina binti Mohamad Razi, Pengurus YIM dan Encik Mohamad Latife bin Shamsuddin, Pemangku
Pengurus YIM. Sementara itu, Prof Anil Gupta, Pengasas GIAN dan Dr. Anamika Dey, Ketua Pegawai Eksekutif GIAN hadir bagi pihak GIAN.

Delegasi MOSTI telah dialu-alukan oleh Dr Sanjay Kumar, Pengarah CSIR-IHBT dan memberikan pembentangan ringkas berkaitan latar belakang organisasi mereka. Sesi ini turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan fakulti dan inovator akar umbi sekitar Daerah Srinagar, Jammu, Anantnag dan Kulgam, India.

Lawatan kerja rasmi ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan platform mempromosikan inovator akar umbi, mengenalpasti produk-produk inovasi India yang berpotensi untuk dikomersialkan dan direplikasi di Malaysia. Selain itu, ia juga salah satu usaha mengukuhkan ekosistem Inovasi sosial di Malaysia (Grassroots to Global – G2G) melalui perpindahan pengetahuan dan teknologi.

Kongsi
Penganjur
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
Lokasi
Palampur
Tarikh
3 Apr 2022 - 4 Apr 2022
Masa
All Day

Lebih Hebahan

Maaf, tiada hebahan dijumpai.
    Our time: 12:41pm +08

    Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!