Delegasi MOSTI turut mengadakan Sesi Lawatan Kerja Rasmi ke Nanotechnology Department, CSIR-IHBT yang turut terletak di Palampor, India. Sesi lawatan serampang dua mata ini diadakan untuk melihat teknologi nano yang dimiliki oleh institut tersebut dan meneroka potensi kerjasama di dalam bidang teknologi nano yang boleh dijalankan oleh agensi berkaitan di bawah MOSTI.
Lawatan yang diketuai oleh KSU MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan turut diiringi oleh Pn Ruziah Shafie, SUB Perancangan Strategik MOSTI dan Pn Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan dua pegawai YIM iaitu Pn Fadzlina Mohamad Razi dan En Mohamad Latife Shamsuddin. Sementara itu, pihak GIAN masing-masing diwakili oleh pengasasnya Prof Anil Gupta dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Anamika Dey.