7 Apr 2022

Libat Urus Usahawan Kraf Bersama LADA dan YIM

WhatsApp Image 2022-04-07 at 3.59.55 PM

Mengenai Acara

Sesi Libat Urus Usahawan Kraf Bersama LADA dan YIM telah diadakan pada jam 2.30 petang menerusi Webex Meeting. Sesi yang dipengerusikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), sesi ini dihadiri oleh YBhg Tuan Nasaruddin Abdul Mutallib, Ketua Pegawai Eksekutif Lada dan beberapa pegawai LADA yang lain. Turut hadir di sesi ini ialah Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, En Muhamad Razib Saruddin dan usahawan-usahawan kraf di sekitar Langkawi.

Hadir mewakili YIM ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Pn Sharmila Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Operasi YIM, En Mohd Rozaidi Abd Rahman serta dua pegawai YIM lain iaitu En Mohamad Latife Shamsuddin dan Cik Siti Sarah Samsulbahari serta Cik Aina Natasha Kamrol Hisham. Sesi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan konsep Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia kepada usahawan-usahawan kraf di sekitar Langkawi serta memberi ruang kepada usahawan-usahawan untuk melontarkan pandangan dan permasalahan mereka dalam menghasilkan produk-produk kraftangan di Langkawi.

Kongsi
Penganjur
-
Lokasi
Weebex Meeting
Tarikh
7 Apr 2022
Masa
2:30 pm - 3:30 pm

Lebih Hebahan

Maaf, tiada hebahan dijumpai.
    Our time: 1:19pm +08

    Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!