Mesyuarat Taskforce Sandbox Inovasi Sosial di Langkawi telah diadakan secara atas talian dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Dr. K. Nagulendran.
Mesyuarat ini adalah susulan daripada Majlis Pelancaran Program Bioremediasi Keluarga Malaysia Langkawi, Kedah yang mencadangkan agar Pulau Langkawi dijadikan sebagai lokasi Sandbox Inovasi Sosial (SIS) untuk aplikasi teknologi seperti Electric Vehicle (EV) dan ekosistem, tanaman padi di kawasan kurang hujan, pemeliharaan gamat/rumpai laut, Ruang Reka serta bioremediasi “Local Issue, Local Technology, Local Benefit”.
En Mohd Rozaidi Abd. Rahman dan En Amerridzal Bidin wakil bagi pihak YIM turut hadir menyertai mesyuarat ini.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur