Sesi Perbincangan Mengenai Cadangan Reverse Investment oleh Kerajaan Brunei di Sabah dan Sarawak telah diadakan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh KPSU Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Puan Sri Dr. Halila Faiza Zainal Abidin. Mesyuarat tersebut mencadangkan agar setiap agensi mengadakan sesi pembentangan kepada MOSTI dalam mengenal pasti teknologi berkaitan akuakultur dan contract farming/precision farming yang boleh dilaksanakan di wilayah Sabah dan Sarawak melalui reverse investment daripada Kerajaan Brunei. Ketua Pegawai Operasi, En Mohd Rozaidi Abd Rahman dan Pn Husniyah Che Abdullah hadir mewakili YIM di mesyuarat tersebut. Hadir sama adalah pegawai dan wakil dari agensi MOSTI.