Satu sesi perbincangan mengenai Pelaksanaan Inisiatif Zero Waste, Grow Your Own Food telah diadakan di antara Heritage Environment Sdn Bhd dan Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif Malaysia (PEWANGI) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Putrajaya. Sesi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan YHM dan Heritage Environment Sdn Bhd di antara satu sama lain disamping untuk membincangkan potensi kerjasama yang boleh diterokai di antara kedua-dua belah pihak.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh En Wan Muhammad Hazirim Wan Mustapha, Ketua Divisyen Pembangunan Projek YHM dan turut dihadiri oleh Pn Fadz Lyana, Pegawai Kanan YHM dan En Rasyid Mokhtar, selaku wakil YIM. Sementara itu, wakil daripada Heritage Environment Sdn Bhd telah dihadiri oleh Dr. Rokiah Hj Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif YHM dan dua pegawai lain iaitu Pn Raidah Rahim dan En Nabil Naufal Mohamad Idrus.