Mesyuarat Penyelarasan Program-program Berkaitan Agenda Pemerkasaan Bumiputera telah diadakan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Balamurugan A/L Nallamuthu, Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI. Hadir sama mewakili YIM ialah En Amerridzal Bidin, Pengurus Program dan Cik Nastassja Mojitoh, Eksekutif Kanan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif. Mesyuarat membincangkan maklumat terkini berhubung program-program yang akan dianjurkan oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah MOSTI.
pemMesyuarat turut dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik MOSTI bertanggungjawab di dalam penyelarasan pengumpulan maklumat program dari setiap Bahagian/Jabatan/Agensi yang melibatkan Bumiputera bagi tujuan perkongsian data kepada TERAJU.