5 Apr 2022

Libat Urus Program Kampung Sejahtera Bersama Kementerian Bagi Kluster Budaya Inovasi

WhatsApp Image 2022-04-27 at 2.46.34 PM

Mengenai Acara

Sesi Libat Urus Program Kampung Sejahtera Bersama Kementerian Bagi Kluster Budaya Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mayang Sari, Aras 25, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPLB, Pn Siti Zaharah Omar, turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi di bawah KPLB (KESEDAR, KETENGAH, JAKOA, KEJORA, PERDA, INFRA) dan kementerian lain seperti KPM, MAFI, KASA, KKOM, KPT dan MOSTI. Hadir mewakili pihak YIM adalah Cik Siti Sarah Shamsul Bahari.

Sesi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program di bawah KPLB iaitu Program Kampung Sejahtera – program komprehensif pembangunan sosioekonomi bagi mewujudkan komuniti kampung yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk pembangunan kesejahteraan kampung serta jalinan sinergi baharu antara kementerian/agensi.

Kongsi
Penganjur
-
Lokasi
Putajaya
Tarikh
5 Apr 2022
Masa
2:30 pm - 3:30 pm

Lebih Hebahan

Maaf, tiada hebahan dijumpai.
    Our time: 12:49pm +08

    Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!