Satu sesi perjumpaan di antara Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, UiTM dan YIM telah diadakan di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif YIM. Sesi perjumpaan ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf dan Informasi, Dr. Suhaimee Saahar dan Koordinator Program Animasi, Pn Ekin Alimon dari UiTM Shah Alam.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Pn Sharmila Mohamed Salleh dan Pengurus Program YIM, En Amerridzal Bidin. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan peluang kolaborasi di antara kedua-dua belah pihak yang boleh diteroka.