Sesi Taklimat Berkenaan Pertandingan Inovasi Piala YB Menteri KPKT Bagi Tahun 2022/23 telah diadakan di Bilik Mesyuarat YIM. Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Pn Sharmila Mohamed Salleh. Hadir sama En Mohd Rozaidi Abdul Rahman, Pn Fadzlina Mahamad Razi, Pn Husniyah Che Abdullah, En Rasyid Mokhtar dan Cik Farah Syuhada Johari Siregar. Sesi ini diadakan untuk menerangkan peranan YIM sebagai Perunding untuk Pertandingan Inovasi Piala YB Menteri KPKT Bagi Tahun 2022/23 yang bakal dianjurkan oleh Malaysian Association of Local Authorities (MALA) pada awal Jun tahun 2022.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur