Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Khas Deeptech & Future skills telah diadakan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Dr. K. Nagulendran a/l Kangayatkarasu. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pn Sharmila Mohamed Salleh, Pengurus Khidmat Pengurusan, Encik Ahmad Mukram Mohamed dan Cik Nabilah Izzati Mohd Zawawi yang turut terlibat di dalam Urusetia Deeptech & Futureskills YIM. Mesyuarat ini bersidang buat kali pertama dan mendengar pembentangan mengenai garis panduan, peranan dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah MOSTI yang mengambil bahagian dalam membantu mengenalpasti dan menempatkan 5,000 peserta di syarikat-syarikat terpilih.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Majlis Pekerjaan Negara bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia pasca COVID-19 dengan mensasarkan 600,000 peluang pekerjaan diwujudkan pada tahun 2022. YIM bersama agensi lain dilantik sebagai Agensi Pelaksana bagi Program Upskilling for Deeptech and Futureskills manakala Jawatankuasa Pemandu membincangkan hala tuju program serta menetapkan perkara-perkara dasar yang perlu dilaksanakan dalam menambahbaik program.