Satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bil. 3/2022 telah diadakan di Hotel Maya, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ar Yew Tung Seong, Pengerusi MALA merangkap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan dihadiri oleh wakil Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya. Urusetia utama adalah terdiri daripada ahli-ahli Persatuan MALA. Sementara itu, YIM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, En Mohd Rozaidi Abdul Rahman dan Pn Nur Fadzlina Mahamad Razi. Mesyuarat membincangkan terma rujukan atau Term of Reference (ToR) dan peranan YIM sebagai sekretariat bagi penganjuran Pertandingan Inovasi MALA Tahun 2022/2023 (Piala YB Menteri KPKT) yang akan diadakan pada Jun 2022. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan kategori pertandingan, jumlah hadiah, cadangan para juri serta jadual pelaksanaan.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur