Sesi Perbincangan bersama Pengurus Felda Bukit Puchong dan Kontraktor bagi Pembangunan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Bera, Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Felda Bukit Puchong, Pahang.
Hadir di sesi perbincangan ini ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Bukit Puchong yang juga selaku kontraktor utama, Tn Haji Muhammad Amin Sardi, Pengurus Felda Bukit Puchong, En Hanafi Hashim, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), En Azrul Azwan Juri, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Pn Yusni Harun Shah dan Pembantu Pembangunan Masyarakat, Pn Norizan.
Sementara itu, YIM diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, En Mohd Rozaidi Abd Rahman dan Cik Aina Natasha Kamrol Hisham. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk memperincikan renovasi premis yang telah dipilih bagi pembangunan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Bera, Pahang.