10 Mei 2022

Bengkel Pemantapan Geran Padanan Kolaborasi Penyelidikan di bawah Strategic Research Partnership (SRP) UiTM

WhatsApp Image 2022-05-10 at 11.08.54 AM (1)

Mengenai Acara

YIM berbesar hati menyertai satu Bengkel Pemantapan Geran Padanan Kolaborasi Penyelidikan di bawah Strategic Research Partnership (SRP) UiTM yang telah diadakan di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan UiTM, Shah Alam. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu YIM membangunkan program-program berkualiti dan memenuhi keperluan komuniti setempat serta menjadi panduan dalam rangka hala tuju inovasi sosial di masa hadapan. Selain itu, bengkel ini turut diadakan untuk mengukuhkan lagi kerjasama di antara industri dan akademik di dalam bidang kajian dan penyelidikan.

 

Sesi yang dipengerusikan oleh Pn. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM; turut dihadiri oleh Pn. Nur Fadzlina Mahamad Razi, En. Mohamad Latife Shamsuddin dan Cik Farah Syuhada Johari. Turut hadir, Pasukan Penyelidikan Kajian Impak – Dr. Norol Hamiza Zamzuri, Dr. Amirul Afif Muhamat, Dr. Melissa Sharom, Dr. Erne Suliza Kassim, Dr. Herwina Rosnan, Dr. Noor Azliyana Azizan, Dr. Siti Noorsuriani Ma’on, Dr. Suhaily Hassan dan Dr. Abdul Kadir Othman.

Kongsi
Penganjur
-
Lokasi
MARA, Shah Alam
Tarikh
10 Mei 2022
Masa
9:00 am - 11:00 am

Lebih Hebahan

Maaf, tiada hebahan dijumpai.
    Our time: 1:20pm +08

    Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!