Anda mempunyai projek aplikasi teknologi tempatan yang berinovatif? 💡 Anda mempunyai misi sosial yang jelas? 👨👩👧👦
Jom sertai Info Day – Taklimat Penawaran Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021 pada 25 Jun 2021 (Jumaat) jam 10.00 pagi secara langsung di Facebook Yayasan Inovasi Malaysia.
Rebut peluang untuk memohon dana projek inovasi bernilai sehingga RM300,000 menerusi Program MySI 2021! 📢📢📢
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan peneraju Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia Tahun 2021 dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif ini. Pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa ekosistem inovasi sosial di Malaysia.
MySI merupakan salah satu program bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.
Penawaran Dana MySI 2021 dibuka pada 31 Mei sehingga 30 Jun 2021 bagi Fasa Pertama!
Layari http://www.mysi.innomap.my untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat MySI di sekretariat.mysi@yim.my
#MOSTI #YIM #MySI #InovasiSosial #Covid_19 #GeranInovasi