Jemputan Bengkel Behavioural Insights STIE “Meningkatkan Penyertaan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia Melalui Kaedah Behavioural Insights’ kerjasama bersama MOSTI dan YIM telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang secara fizikal di Precinct 5 ,level 3, Dorsett Putrajaya.
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Puan Hartini Othman, Malaysia Productivity Corporation. Hadir mewakili MOSTI adalah Encik Keshminder Singh A/L Ajaib Singh, Puan Suaibatul Aslamiah binti Abd Halim dan Puan Rosmaini binti Mohamed. Hadir dari YIM adalah Eksekutif; Encik Muhammad Ikhram Abdul Wahib, Encik Abdul Rasyid Mokhtar, Puan Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli, Cik Siti Sarah Samsulbahari dan Cik Puteri Amira Azhar.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan memantapkan pengetahuan ahli projek berkenaan BI dan PRIME Framework, mengenalpasti isu dan cabaran dalam menjalankan projek BI, dan memuktamadkan perancangan aktiviti dan timeline projek.