Sesi lawatan kerja rasmi ke Gujarat Grassroots Innovation Augmentation Network (GIAN) telah diadakan secara fizikal di Ahmedabad, India. Lawatan kerja rasmi yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan; turut diiringi oleh Puan Ruziah binti Shafie, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI; Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM; Puan Fadzlina binti Mohamad Razi, Pengurus YIM dan Encik Mohamad Latife bin Shamsuddin, Pemangku Pengurus YIM. Manakala pihak GIAN pula diwakili oleh Prof. Anil Gupta, Pengasas GIAN dan Dr Anamika Dey, Ketua Pegawai Eksekutif GIAN.
Tujuan lawatan kerja rasmi ini diadakan adalah untuk memperincikan program kerjasama di antara pihak YIM dan GIAN.