Dua majlis ringkas telah diadakan di ibu pejabat YIM bagi meraikan pegawai dan kakitangan YIM menerusi Majlis Anugerah Hari Pekerja dan Khatam Al-Quran. Di dalam Amanat Hari Pekerja, Pn Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM berkongsi berita gembira kepada semua kakitangan berhubung pemberian bantuan khas Aidilfitri dan beberapa perkara lain yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi YIM. Beliau turut berpesan agar kakitangan YIM kekal komited dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Sementara itu, Majlis Khatam Al-Quran dan sesi Tazkirah Ramadhan telah dipimpin oleh penceramah jemputan, Ustaz Izmir Fareez.
Majlis ini turut memberi peluang kepada kakitangan YIM untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan solat berjemaah sebagai menyambut hari lebaran Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.