Majlis Pelancaran Inovasi Elektronik inovasiBeca Terengganu (e-Beca) telah berlangsung pada pagi ini di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Amzad , Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Hadir bagi mewakili YIM adalah Pengurus Komunikasi Korporat, En Dzul Affandi Mat Noor dan Eksekutif, Pn. Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli dan Cik Puteri Amira Azhar.
Hadir bersama di dalam majlis adalah wakil daripada pegawai- pegawai kanan MOSTI, wakil UTeM, wakil SMe Corp dan wakil SUK Terengganu.
Syukur alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya.