Majlis Pelancaran Pensijilan Inovator Akar Umbi Tahap 1 dalam Bahasa Malaysia yang disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melalui rakaman video diadakan pada 23 Mac 2021, Selasa di Exabytes Event Hall, SetiaWalk, Puchong, Selangor.
Majlis dihadiri oleh YBrs. Puan Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia dan YBrs. Dr. Cynthia Ee, Pengarah Urusan Clarus Consulting Sdn Bhd.