Majlis Perasmian Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Pelancaran Aplikasi Quran Isyarat oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan di Dewan Auditorium FPSK. DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkenan untuk menyempurnakan majlis perasmian tersebut.
Pembangunan Aplikasi Quran Isyarat adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan Persatuan Orang Pekak Muslim Malaysia (Prisma) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (Nesda) untuk mempelajari Al-Quran di dalam bahasa isyarat. Projek Quran Isyarat adalah penerima Geran Program Berimpak Tinggi Enam. Pelancaran Aplikasi Quran Isyarat turut mendapat liputan yang positif daripada beberapa media arus perdana dan atas talian. Hadir mewakili YIM adalah En. Amerridzal Bidin, Pengurus Program.