Majlis Perasmian Penutup Program Creations De UiTM: International Mega Innovation Carnival 2022 telah diadakan secara atas talian pada jam 11.00 pagi tadi. Bertemakan “For Humanity: Empowering Neoteric Knowledge”, program tersebut telah diadakan dari 24 Mac – 8 April 2022. Majlis dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Turut hadir mewakili YIM adalah Pn Nur Fadzlina Bt Mahamad Razi, Pengurus dari Bahagian Program.
Karnival mega ini merangkumi pertandingan dan pameran inovasi yang akan melibatkan institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar sekolah, para penyelidik dan industri dari dalam serta luar negara. Di samping itu, terdapat juga aktiviti ilmiah dan pengisian lain seperti perkongsian ilmu daripada agensi-agensi inovasi dan lain-lain.