Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil. 3/2022 MOSTI telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom dan dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba. Turut menyertai mesyuarat ini adalah barisan pengurusan tertinggi, Ketua Jabatan dan Ketua Pegawai Eksekutif agensi di bawah MOSTI. Hadir mewakili Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Pn Sharmila Mohamed Salleh dan Cik Natassja Nicolette Mojitoh. Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai pembentangan Laporan Prestasi Projek Pembangunan oleh ICU, JPM; Laporan Prestasi Perbelanjaan oleh Bahagian Pembangunan dan Laporan Pelaksanaan Projek Fizikal oleh JKR. Mesyuarat turut mengesahkan maklum balas Minit Mesyuarat MTPK Bil. 2/2022.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur