Malaysian Delegation Welcoming Ceremony telah diadakan di India Institute of Management Ahmedabad (IIMA). Lawatan kerja rasmi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI. Turut mengiringi beliau, Puan Ruziah binti Shafie, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI; Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM; Puan Fadzlina binti Mohamad Razi, Pengurus YIM dan Encik Mohamad Latife bin Shamsuddin, Pemangku Pengurus YIM.
Delegasi MOSTI telah disambut oleh Prof Bakul Dholakia, Pengerusi GIAN; Mr. D.R Parmar, Joint Commissioner of Industries, Government of Gujarat, wakil industri, pensyarah dan para pelajar daripada IIMA.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ekosistem dan lanskap pembangunan inovator sosial/keusahawanan di antara YIM-GIAN-IIMA dan mempelajari pendekatan kerajaan India di dalam pembangunan teknologi melalui kerjasama industri & akademik. Di sesi lawatan ini juga, delegasi MOSTI turut bertukar-tukar pandangan bersama Pensyarah Fakulti IIMA dan melawat pameran produk-produk start-up pelajar dan inovator akar umbi.