Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Upskilling for Deeptech & Future Skills Yayasan Inovasi Malaysia telah diadakan secara dalam talian. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Pn. Sharmila Mohamed Salleh, turut dihadiri oleh En Mohd Rozaidi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (Program), En Ranyold Cladius, Ketua Pegawai Kewangan, En Ahmad Mukram Mohamed, Pengurus Divisyen Khidmat Pengurusan, Pn Nur Fadzlina Mahamad Razi, Pengurus Divisyen Program, Pn Nurul Ilyani Mohd Tamam, Penasihat Undang-Undang dan Cik Nabilah Izzati Mohd Zawawi, Eksekutif Divisyen Khidmat Pengurusan. Manakala wakil Sekretariat Pasukan Petugas Khas Program Deeptech & Future Skills MOSTI pula diwakili oleh Pn. Asrida binti Asim @ Hashim. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuklah perincian tugas, tanggungjawab dan peranan YIM selaku agensi pelaksana di bawah program ini.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur