Mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Pelantikan dan Imbuhan (BNRC) YIM telah diadakan di Bilik Mesyuarat YIM dan dipengerusikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Aini Ideris dan dihadiri oleh Ahli BNRC, YBhg. Prof. Dr. Norzaidi bin Mohd Daud dan Pn Sharmila Mohamed Salleh. Mesyuarat BNRC ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ahli Mesyuarat berhubung syor-syor yang diusulkan oleh Pengurusan YIM.
Mesyuarat turut dihadiri oleh En Ahmad Mukram Mohamed dan dua (2) wakil Setiausaha Syarikat dari Maltics Corporate Consultancy Sdn Bhd iaitu En Rustam Ali dan En Jazley Shahmy Jamriss. Di akhir sesi mesyuarat, Pengerusi dan Ahli BNRC turut berkesempatan meluangkan masa untuk bergambar bersama warga kerja YIM.