Mesyuarat Program Upskilling For Deeptech & Futureskills YIM bersama VS Industry Berhad telah diadakan di ibu pejabat VS Industry Berhad, Johor. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan butiran dan rangka kerjasama program termasuk elemen perundangan yang berkaitan. Hadir di mesyuarat tersebut adalah Dato’ Dr. Chang Lik Sean, Pengarah Bebas dan En Chong Chin Siong, Ketua Pegawai Kewangan dari V.S Industry.
Sementara itu, YIM diwakili oleh Pn Sharmila Mohamed Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan diiringi oleh En Ahmad Mukram Mohamed, En. Amerridzal Bidin, Pn Nurul Ilyani binti Mohd Tamam dan Cik Nastassja Nicolette Mojitoh.