Mesyuarat Working Level Program Inclusive SME Ecosystem (I-SEE) Bil.2/2022 bersama SME Corp. Malaysia telah diadakan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan SME Corp iaitu Pn Haniza Zainul Abidin. Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah En Ghazali Mohd Yusoff dan Pn Iman Zafirah Abdullah dari Bahagian Pembangunan Kluster, SME Corp. Manakala YIM diwakili oleh Pengurus Program, En Amerridzal Bidin, En Muhammad Ikhram Abdul Wahib, Cik Syaqreena Azhar dan En Muhammad Muzakkir (Pelatih Latihan Industri). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperincikan persiapan dan persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal I-SEE dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Program Inclusive SME Ecosystem (I-SEE).

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur