Sesi Pembentangan Program Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia, MOSTI telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom Meeting. Hadir di sesi perbincangan ini ialah Pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), Pejabat – Pejabat Tanah dan Jajahan di sekitar Negeri Kelantan seperti Bachok, Gua Musang, Tumpat, Kuala Krai, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah. Sementara itu, YIM diwakili oleh En Mohd Rozaidi Abd Rahman, En Dzul Affandi Mat Noor, En Mohamad Latife Shamsuddin, Cik Siti Sarah Samsulbahri dan Cik Aina Natasha Kamrol Hisham.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk membentangkan konsep Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia bagi pembangunan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Kelantan.