Sesi Pembentangan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 1, Tingkat 7, Majlis Perbandaran Kajang. Sesi ini bertujuan untuk membentangkan konsep pelaksanaan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia kepada barisan pegawai MPKJ bagi jalinan kerjasama di antara YIM, MPKJ dan Urbanice dalam pembangunan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Selangor.
Sesi ini telah dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua MPKJ, En Kamaruzaman Salimin dan beberapa pegawai beliau. Sementara itu, YIM telah diwakili oleh En Mohamad Latife Shamsuddin dan Cik Siti Sarah Samsulbahari serta wakil dari Urbanice Malaysia.