Anda mempunyai projek aplikasi teknologi tempatan yang berinovatif? 💡 Anda mempunyai misi sosial yang jelas? 👨👩👧👦
Rebut peluang untuk memohon dana projek inovasi bernilai sehingga RM300,000 menerusi Program Malaysia Social Innovation (MySI) 2021! 📢📢📢
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan peneraju Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia Tahun 2021 dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif ini. Pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa ekosistem inovasi sosial di Malaysia.
MySI merupakan salah satu program bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.
Penawaran Dana MySI 2021 dibuka pada 31 Mei sehingga 30 Jun 2021 bagi Fasa Pertama!
Layari http://www.mysi.innomap.my untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat MySI di sekretariat.mysi@yim.my.
#MOSTI #YIM #MySI #InovasiSosial #Covid_19 #GeranInovasi