Sesi Penerimaan Surat Tawaran dan Tandatatangan Persetujuan bagi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 telah diadakan bertempat di Pejabat YBM MOSTI, Aras 7 Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. YB Menteri MOSTI, Dato’ Sri Dr. Adham Baba yang juga merangkap Pengerusi YIM, telah menerima surat tawaran PKEB untuk ditandatangani. YB Menteri turut diberikan penerangan mengenai program PEKB yang mana YIM telah ditawarkan sejumlah RM271,800.00 daripada geran KPKT untuk menjalankan Program MyMobifix kepada para peserta E-Kasih. Hadir menyampaikan surat tawaran tersebut adalah Pn Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan diiringi oleh En Mohd Rozaidi Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi YIM.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur