12 Apr 2022

Penilaian Bersama Jawatankuasa Teknikal MyIS Komuniti 2021/2022

WhatsApp Image 2022-04-12 at 1.10.03 PM (1)

Mengenai Acara

Sesi Penilaian Bersama Jawatankuasa Teknikal MyIS Komuniti 2021/2022 telah berlangsung pada jam 10.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari secara atas talian. Sesi ini dihadiri 5 orang panel jemputan iaitu,Penolong Setiausaha Bah. Pengurusan Starategik Berkanun (MOF), En. Muhamad Yuzi Tarmizie bin Yunos; Pengurus Unit Pengurusan Penyelidikan (EPU); Puan Nor Suzana Abdul Rahman; Pegawai Sains, Unit MyIS Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, Puan Nor Raiha Che Hassan; Pensyarah Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM); Dr. Kamaruzzaman Muhammad dan Pengurus YIM, Puan Fadzlina Mahamad Razi. Sesi ini dihadiri oleh Sekretariat Program, Encik Rasyid Mokhtar dan Puan Husniyah serta dibantu oleh Eksekutif Kanan IT, En Mohd Azim bin Noor.

Sesi penilaian ini diadakan untuk menilai 3 projek untuk diangkat ke Sesi Penilaian Jawatankuasa Pemandu MyIS Komuniti untuk pertimbangan dan kelulusan projek yang dibiayai di bawah Dana Program MyIS Komuniti 2021/2022

Kongsi
Penganjur
-
Lokasi
-
Tarikh
12 Apr 2022
Masa
10:00 am - 11:00 am

Lebih Hebahan

Maaf, tiada hebahan dijumpai.
    Our time: 12:45pm +08

    Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!