Sesi Penyerahan Surat Tawaran dan Taklimat bagi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 telah diadakan di Bilik Media, Aras 1 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sesi yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT turut diiringi oleh Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, YBhg. Dato’ Muhammad bin Musa. Hadir menerima surat tawaran program PEKB bagi pihak YIM adalah Pn Sharmila Mohamed Salleh, selaku Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan diiringi oleh Pn Nur Fadzlina Mahamad Razi. Sesi tersebut turut memberikan penerangan mengenai garis panduan teknikal program PEKB untuk tahun ini.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur