Sesi Perbincangan bagi Kajian Baseline Petunjuk Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 telah diadakan melalui platform Zoom. MOSTI telah melantik UPM Consultancy & Services Sdn Bhd sebagai perunding dalam menjalankan kajian tersebut. UPM Consultancy & Services Sdn Bhd telah diwakili oleh Profesor Dr. Azmawani Abd. Rahman, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dan beberapa pegawai sementara YIM diwakili oleh Pn Nur Fadzlina Mahamad Razi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti, mengumpul dan menyediakan Laporan Kajian Baseline Petunjuk DSTIN negara untuk dijadikan sebagai rujukan petunjuk asas buat pihak berkepentingan, penggubal dasar dan golongan akademia. Ia juga dijalankan untuk mengukur pencapaian dan trend pelaksanaan program STI Negara.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur