Sesi Perbincangan dan Kemaskini Maklumat Berkenaan Lawatan Semakan Dokumen bagi Program Inclusive SME Ecosystem (ISEE) oleh SME Corp. Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat YIM. Sesi ini dibuat untuk mengemaskini status pelaksanaan berkenaan Lawatan Semakan Dokumen bagi Program Inclusive SME Ecosystem (i-SEE) oleh SME Corp. Malaysia yang dijadualkan pada 18 Mei 2022.
Turut hadir adalah En Ranyold Cladius, Ketua Pegawai Kewangan YIM; En Mohd Rozaidi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi YIM, En Amerridzal Bidin, Pengurus Program; En Mohd Syafiq Mansor, En Muhammad Ikhram Abdul Wahib, Cik Syaqreena Azhar dan En Muhammad Muzakkir.