Satu perbincangan dengan pihak MRANTI Tech telah diadakan secara dalam talian yang dipengerusikan oleh En. Muhundhan Kamarapullail, Chief Innovation Officer, MRANTI. Sesi perbincangan ini diadakan untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang ditawarkan khusus untuk penyewa di MRANTI Park, seperti perkhidmatan ‘design thinking’, platform komuniti dan juga konsultasi untuk penyewa bangunan.
Selain itu, sesi ini turut membincangkan isu berkenaan kesesakan rangkaian jaringan internet di YIM. Hadir mewakili YIM ialah En. Mohd Azim Noor, Eksekutif Kanan Unit IT dan beberapa pegawai MRANTI iaitu Pn Zalina Baharuddin, En. Shaari Alwi, En. Aliff Izanil Shafiei dan Puan Yong Yen Nee.