Satu sesi perbincangan di antara Alam Flora Environmental Solutions (AFES) telah diadakan secara dalam talian yang bertujuan untuk memperhalusi proses pemeteraian MoU di antara YIM dan AFES bagi program-program yang akan dijalankan bersama. Disamping itu, sesi ini turut memberi penerangan ringkas berkaitan geran-geran yang terdapat di bawah YIM. Hadir di perbincangan ini adalah En Amerridzal Bidin, Pengurus YIM; Pn Husniyah Che Abdullah, Eksekutif SI dan En Muhammad Muzakkir Samsulbahari, Pelatih Industri. Sementara itu, pihak AFES diwakili oleh En Abd Rahim Kadir Ku Jambu, Pengurus Waste Management Facilities (Landfill Management) dan beberapa pegawai lain dari AFES.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur