Sesi Perbincangan Mengenai Alternatif Makanan Ternakan Akuatik Bersama GK Aqua telah diadakan melalui platform Zoom. Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, turut dihadiri oleh Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM, wakil PSTI dan pembentang dari syarikat GK Aqua. YIM diwakili oleh Pn Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan Puan Nur Fadzlina Mahamad Razi, Pengurus YIM. Sesi ini membincangkan teknologi makanan alternatif makanan yang dapat membantu penternak ikan air tawar dalam mengurangkan kos makanan dan menghasilkan ikan air tawar yang berkualiti tinggi.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur